image description
# 370474
USD 25.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Maqasid Al-Shariah : Antara Nas dan Maslahah Suatu Pendekatan Sistem

Author :  Ahmad Badri Abdullah

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
ILHAM Books
ISBN 9789672007203
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2018
Bib. Info 280 p
Shipping Charges(USD)

Product Description

1. Maqasid (Islamic law) 2. Islamic law Karya ini cuba membuka dimensi baharu dalam perbahasan hukum Islam melalui pengintegrasian dengan bidang pemikiran sistem. Saya mendapati pendekatan ini amat menarik untuk diamati kerana memperlihatkan sıfat wacana hukum Islam yang dinamik serta kemampuannya untuk berintegrasi dengan disiplin ilmu lain meskipun daripada tradisi yang berbeza. Ini turut membuktikan bahawa, Islam secara asasnya mampu berinteraksi secara positif dan harmonis dengan tradisi keilmuan Barat yang bukan sahaja dalam bentuk pertentangan dan konflik semata-mata. ~ Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IAIS Malaysia Saya telah meneliti karya yang ditulis oleh saudara kami, Dr. Ahmad Badri Abdullah, dan mendapati beliau telah memberikan sumbangan yang bermanfaat dalam rangka pengaplikasian disiplin maqasid al-shari’ah, sebagai sebuah kajian lanjutan berkaitan bidang ilmu maqasid dan pemikiran sistem serta pendekatannya yang bersifat komprehensif dalam menangani sebarang isu. Permasalahan mendesak pada pola pemikiran Muslim dalam era moden ialah pemikiran berbentuk terpisah-pisah, reduksionis serta sempit. Bentuk pemikiran tersebut melihat realiti hanya menerusi limitasi sudut pandang yang sempit, dan hanya menilai sebarang peristiwa melalui perbandingan luaran yang cetek. ~ Prof. Dr Jasser Auda, Presiden dan Pengasas Maqasid Institute Global Saya membaca dengan penuh minat buku ini yang menghidangkan perbahasan dan kupasan secara kritikal dan segar mengenai hubungan antara nasdan maslahah menerusi neraca maqasid al-shari’ah. Wacana yang diketengahkan dalam buku ini membawa pembaca ke satu daerah perbahasan yang begitu menerujakan mentafsirkan hubungan antara nas dan maslahah dalam tradisi hukum Islam klasik dan pendekatan modenis dan post-modenistdalam konteks semasa. Ia menghuraikan pelbagai permasalahan yang sering kali menjadi polemik di kalangan sarjana maqasid al-shari’ah dan fuqahatradisi dan kontemporari. Pendekatan penulis mengolah perbahasan yang penting ini dalam bahasa yang mudah dengan gaya penulisan tersendiri menjadikan karya ini mempunyai keunikan dan kelebihannya yang tersendiri. ~ Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM

Product added to Cart
Copied