image description
# 423209
USD 20.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Gelagat Perkahwinan Melayu Islam : Menerusi Filem P. Ramlee

Author :  Suhanim Abdullah & Rosnaaini Hamid

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
UUM Press., Malaysia
ISBN 9789672064978
Format PaperBack
Language English
Year of Publication 2018
Bib. Info xii, 124p. Includes Index
Product Weight 250 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

1. Marriage – Religious aspects – Islam 2. Husband and wife – Conduct of life 3. Polygamy (Islamic law) Buku ini membincangkan beberapa permasalahan yang sering berlaku dalam sesebuah perkahwinan seperti yang dipaparkan dalam filem Madu Tiga dan Keluarga 69. Kedua-dua buah filem ini dikategorikan sebagai filem komedi di samping menyelitkan kritikan halus. Tanpa disedari penonton bukan sahaja terhibur dan leka dengan lakonan serta dialog yang nampak bersahaja, namun mereka turut terkesan melalui mesej yang secara halus menuntut agar masyarakat terus berfikir. Filem Madu Tiga menceritakan tentang seorang menantu kesayangan bernama Jamil telah mendapat restu bapa mertuanya untuk berpoligami. Gelagat Jamil yang beristeri tiga dianalisis dari sudut hukum syarak berdasarkan plot yang dipaparkan kepada penonton seperti faktor pendorong untuk menambahkan isteri, pelaksanaan keadilan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, tatacara menjatuhkan talak serta hukum perceraian yang dituntut oleh agama. Menerusi filem Keluarga 69 pula peristiwa penting yang berlaku ialah jalinan perkahwinan yang lintang pukang antara dua buah keluarga sehingga lahir pula tiga buah keluarga yang baharu. Hubungan yang kusut menyebabkan timbul kecelaruan kedudukan pangkat dan panggilan dalam sesebuah keluarga. Penonton akan tertanya-tanya apakah perkahwinan seumpama itu sah di sisi agama? Oleh itu, buku ini telah mengupas gelagat dan isu yang terkandung dalam kedua-dua buah filem tersebut berdasarkan hukum syarak bertujuan memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul. Di samping itu, masyarakat dapat menambahkan pengetahuan dan pemahaman agama secara santai dan bukan berhibur semata-mata. Kehadiran buku ini dapat memberi jawapan yang tepat berkaitan hukum agama secara khusus tentang permasalahan perkahwinan dan pentadbiran rumah tangga yang harmoni.

Product added to Cart
Copied