image description
# 561772
USD 14.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Alegori Naruto : Falsafah Di Sebalik Manga

Author :  Zamir Mohyedin (Ed)

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Patriots Publication, Malaysia
ISBN 9789671652831
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2019
Bib. Info 238p. Includes Bibliography
Product Weight 250 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Selain Alegori Gua (Allegory of the Cave), mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Socrates pernah menggunakan matahari dan garis dibahagikan (divided line) sebagai analogi untuk menerangkan idea falsafahnya. Malah ketiga-tiga alegori yang Socrates gunakan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Untuk yang tidak mengetahui, Alegori bermaksud metafora yang menggunakan tempat, watak, dan peristiwa sebagai medium untuk menyampaikan mesej dan idea dengan maksud yang lebih luas. Alegori secara praktikalnya telah digunakan secara meluas dalam sejarah dalam pelbagai bentuk sebagai alat untuk menjelaskan konsep dan idea yang kompleks supaya mampu dihadam oleh pembaca, pendengar atau pemerhati. Kishimoto mempunyai mesej yang ringkas ditanamkan berkenaan karya Naruto. Mungkin beliau tidak berniat untuk meletakkan falsafah ataupun konsep yang tinggi dalam karyanya. Tetapi Kishimoto jelas menyatakan: “Dalam dunia sebenar, sukar untuk manusia memahami antara satu sama lain disebabkan budaya dan dibesarkan dengan cara berbeza. Apabila kita mula meningkat dewasa, kita akan mula melihat, kadangkala ada perkara yang tak kena berlaku dalam hidup kita. Tapi, aku cipta Naruto untuk beritahu generasi muda bahawa walaupun terdapat kesusahan dalam hidup, kalian tetap akan dapat melaluinya. Selain itu, aku lebih gemar pembaca mencari sendiri apa yang mereka dapat daripada Naruto.” Maka, karya Naruto dapat menjadi medium yang baik untuk para pembaca mengenai sebahagian idea falsafah.

Content Details

1. Animated films - History and criticism 2. Animation (Cinematography) - History and criticism.

Product added to Cart
Copied