image description
# 561804
USD 24.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Melayu dan Menara Gading di Sebalik Penubuhan Universiti Malaya

Author :  Zulkanain Abdul Rahman Abdullah Zakaria Ghazali Abdullah Gani

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
UM Press
ISBN 9789674880347
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2018
Bib. Info xviii, 164p. Includes Index; Bibliography
Shipping Charges(USD)

Product Description

1. University of Malaya 2. Universities and colleges – Malaysia – History 3. Universities and colleges – Singapore – History 4. Education, Higher – Malaysia – History. 5. Government publications – Malaysia. Buku ini merupakan satu usaha mengetengahkan peranan dan sumbangan orang Melayu dalam penubuhan Universiti Malaya di Singapura pada tahun 1949. Persoalan sama ada orang Melayu ada peranan atau sebaliknya dalam penubuhan Universiti Malaya di Singapura pada 1949 timbul apabila tulisan-tulisan sedia ada sama ada yang hasilkan oleh sarjana tempatan mahupun sarjana antarabangsa; dan juga laman web National University of Singapore (www.lib.nus.edu.sg) tidak membincangkan peranan dan sumbangan yang diberikan oleh orang Melayu dalam usaha menubuhkan Universiti Malaya di Singapura. Sebaliknya, tulisan-tulisan sedia ada hanya memberi fokus terhadap peranan dan sumbangan orang bukan Melayu termasuklah kerajaan British dalam merealisasikan penubuhan Universiti Malaya di Singapura pada 1949. Peranan dan sumbangan orang bukan Melayu dan kerajaan British pada ketika itu untuk menubuhkan Universiti Malaya di Singapura memang ada, dan tidak boleh dinafikan. Dalam masa yang sama, berdasarkan sumber-sumber primer yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia, maka maklumat yang betul dan seimbang perlu diberikan kepada umum. Dengan demikian, buku ini berusaha untuk memberi pencerahan dengan mengenal pasti peranan dan sumbangan orang Melayu, khasnya orang persendirian, pemodal, cendekiawan, guru, pembesar dan institusi Raja-Raja Melayu dalam penubuhan Universiti Malaya di Singapura pada 1949. Buku ini adalah rujukan penting untuk mengetahui sejarah awal penubuhan Universiti Malaya.

Product added to Cart
Copied