image description
# 561873
USD 24.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Kedudukan Wakil Rakyat Dalam Sistem Berparlimen di Malaysia

Author :  Malike Brahim

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit UniMAP, Malaysia
ISBN 9789670922591
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2018
Bib. Info xviii, 188p. Includes Index ; Bibliography
Product Weight 350 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

1. Political leadership – Malaysia 2. Politicians – Malaysia 3. Politics and culture – Malaysia 4. Democracy – Malaysia Peranan wakil rakyat sangat penting dalam negara dan perlu difahami secara mendalam bagi mengelak kekeliruan. Pada asasnya, ia memainkan pelbagai tanggungjawab demi memenuhi kehendak dan tuntutan rakyat dalam kawasan yang diwakilinya. Justeru, wakil rakyat mempunyai banyak komitmen dan urusan pada sesuatu masa. Hal ini belum mengambil kira pelbagai jawatan lain yang dipegangnya dalam agensi-agensi tertentu termasuk badan sukarela. Secara umumnya, aktor politik ini mempunyai kepelbagaian fungsi sepanjang tempoh berkhidmat sebagai wakil rakyat. Dalam tempoh berkhidmat, wakil rakyat menghadapi pelbagai cabaran berkaitan dengan kepentingan dan keperluan rakyat. Sebarang masalah yang berlaku dalam masyakarat kebiasaannya dirujuk terus kepada wakil rakyat walaupun hal itu sebenarnya di bawah bidang kuasa agensi tertentu dalam kawasan tersebut. Namun, wakil rakyat tetap berusaha menyelesaikannya sebaik mungkin walaupun adakalanya terpaksa mengeluarkan wang dari poket sendiri. Begitu kompleksnya peranan wakil rakyat, di mana dapat dilihat dalam badan perundangan, eksekutif, pengurusan organisasi dan parti politik. Justeru, kepelbagaian fungsi yang dimainkan oleh wakil rakyat boleh dikategorikan kepada peranan parliamentari, konstituensi, dalam parti politik, khidmat sosial dan pengawasan. Dalam masa yang sama, wakil rakyat memainkan peranan sebagai ahli politik, pemimpin, pentadbir dan pengurus. Semua itu adalah intipati buku ini ke arah memahami kedudukan wakil rakyat di Malaysia.

Product added to Cart
Copied