image description
# 561886
USD 26.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Risalah fi Bayan Hukm al-Bay wa al-Riba : Konsep Maslahah dan Uruf

Author :  Hasanjulddin Mohd, Wan Mohd Yusof Wan Chik & Abdul Karim Ali

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
ISBN 9789670899909
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2018
Bib. Info 172p. Includes Index
Product Weight 300 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

1. Abdul Qadir Abdul Rahim – Syeikh – Biography 2. Economics – Religious aspects – Islam 3. Business – Religious aspects – Islam 4. Things (Islamic law) 5. Istislah (Islamic law) 6. Islamic law – Interpretation and construction. Ulama Melayu silam sering dikaitkan dengan kejumudan, kelesuan dan ketaksuban terhadap pandangan tertentu. Kitab-kitab penulisan mereka dikatakan didominasi oleh roh taklid dan tidak memberikan sumbangan kepada korpus keilimuan. Karya-karya ulama melayu silam dianggap tidak serius serta membawa pemikiran yang malap dan pudar. Malah, mazhab Iman al-Shafi'i yang menjadi pegangan kebanyakkan ulama tempatan turut dipandang sinis oleh sesetengah yang beranggapan bahawa pendekatannya lebih meraikan nas zahir semata-mata. Sehubungan dengan itu, kitab Risalah fi Bayan Hukm al-Bay' aw al-Riba karangan Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas merupakan antara contoh manuskrip sastera kitab ulama Melayu silam yang sesuai untuk diteliti dalam mencari sebahagian jawapan terhadap persoalan dan permasalahan yang ditimbulkan. Penelitian yang dijalankan ini khususnya dari aspek memahami konsep masalah dan uruf serta pendekatan yang digunakan oleh pengarang dalam membincangkan hukum syarak dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan bab muamalat seperti jual beli, riba, mudarabah dan lain-lain. Penulisan buku ini mengenengahkan biodata ringkas syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, latar belakang masyarakat pada zaman beliau, konsep maslahah dan uruf dalam islam dan seterusnya pendekatan pengarang dalam menangani isu maslahah dan uruf terutamanya yang melibatkan masyarakat setempat pada zaman tersebut. Pemikiran yang dikemukakan oleh pengarang mampu membawa pembaca memahami sesetengah budaya yang berlaku pada zaman beliau dan seterusnya boleh membandingkannya dengan keadaan yang berlaku pada masa ini. Buku ini sesuai ditelaah oleh golongan ilmuwan, pengkaji, pendakwah, penuntut dan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ilmuwan dan ulama silam serta ilmu pengetahuan dan keintelektualan mereka.

Product added to Cart
Copied