image description
# 561889
USD 24.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Pendekatan Dakwah Terhadap Banduan Di Malaysia

Author :  Ab. Aziz Mohd Zin et al.

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
UM Press
ISBN 9789674880750
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2018
Bib. Info xvi, 194p. Includes Index
Shipping Charges(USD)

Product Description

1. Prisoners – Religious life 2. Islam – Missions 3. Religious work with prisoners. Kehidupan sebagai banduan bukanlah mudah, terutama apabila mereka keluar daripada penjara dan berhadapan dengan masyarakat yang memiliki pelbagai persepsi negatif terhadap mereka. Sebelum ke penjara pula, mereka hidup bebas mengejar keduniaan dan menyelesaikan permasalahan hidup yang pelbagai sehingga tiada masa untuk mengingati tujuan kehidupannya sebagai Muslim. Akibat tidak SABAR menghadapi mehnah kehidupan serta lalai terhadap tanggungjawab kepada Allah yang Maha Pencipta, mereka melakukan kesilapan sehingga terjerumus ke lembah jenayah dan dipenjarakan. Namun, apabila tinggal di penjara, kehidupan mereka mula berubah. Disiplin dan peraturan menjadi akuran
hidup. Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama para agamawan intelek universiti tempatan telah membangunkan modul khas untuk dijadikan panduan para guru agama penjara melebarkan sayap dakwah mengembalikan fitrah mereka sebagai muslim. Sepanjang menjalani hidup dengan program keagamaan, mereka membina kekuatan belajar cara hidup beragama bermula dari awal pagi hingga malam. Kehidupan mereka penuh dengan pengisian ibadah dan ilmu, sehingga ada banduan yang mampu menghafaz al-Quran dan membaca al-Quran secara bertarannum. Buku ini merupakan hasil kajian yang melihat penerimaan banduan terhadap program keagamaan dalam modul halaqah dan bagaimana program tersebut membina kendiri banduan, terutama banduan wanita. Semoga buku ini bermanfaat untuk para pendakwah, pengkaji dan individu yang meminati keluasan ilmu terutama memahami pendekatan dakwah terhadap banduan.

Product added to Cart
Copied