Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789672165897 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2020 |
Bib. Info | xviii,254p. Includes Bibliography |
Product Weight | 480 gms. |
Shipping Charges(USD) |
“Buku ini – yang asalnya diterbitkan pada 1988, dan baru kini muncul dalam bahasa Melayu – sewajarnya diiktiraf sebagai sebuah klasik. Ia merupakan satu kajian perintis sejarah idea dalam konteks masyarakat Melayu – satu pengamatan pemikiran Melayu tentang ‘pembangunan’, meliputi zaman sebelum penjajahan sehingga era negara moden pasca merdeka. “Meskipun berjudul sederhana, Idea-idea Melayu tentang Pembangunan berwawasan tinggi dalam jangkauan, bermula dengan satu analisis tulisan-tulisan dari kesultanan (atau kerajaan) yang akhirnya jatuh kepada kekuasaan British dan Belanda pada abad ke-19, dan berakhir dengan pemikiran politik perdana menteri-filsuf, Mahathir Mohamad.” –Anthony Milner Profesor Basham dalam Sejarah Asia, Universiti Nasional Australia *** “... jika kita kaji idea-idea pembangunan itu sendiri seperti dianjurkan oleh berbagai kumpulan, kita akan melihat betapa mereka dipengaruhi oleh keadaan-keadaan sejarah dan konteks tertentu. Dengan memahami kenyataan ini, dapatlah kita lebih berhati-hati dalam memilih, menyaring dan menilai idea-idea, mana yang berguna untuk membangunkan masyarakat Melayu dan mana pula yang sebenarnya menghalang atau menggelincirkannya dari landasan.” – Shaharuddin Maaruf
1. Malaysia ? Politics and government ? History. 2. Feudalism ? Malaysia. 3. Capitalism ? Malaysia. 4. Malaysia ? History.