image description
# 719160
USD 10.00 (Book in Stock, will be dispatched ASAP)
- +

Sejarah, Hukum dan Hikmah Pengharaman Riba

Author :  Dr. Muhammad Abdullah Diraz

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
ABIM Press
ISBN 9789672158615
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2020
Bib. Info 70 p
Categories Islamic Law
Shipping Charges(USD)

Product Description

Isu riba merupakan antara isu yang masih dianggap remeh oleh ramai orang, termasuk sebahagian umat Islam sendiri, dari pelbagai lapisan masyarakat bermula dari masyarakat yang tinggal di ceruk desa sehinggalah kepada kelompok elit yang terlibat secara langsung dalam memimpin dan menentukan dasar ekonomi dan kewangan negara. Riba dihiaskan dengan label-label yang indah seperti bunga dan faedah. Sebahagian mereka juga memperlihatkan seakan-akan mustahil untuk sesebuah ekonomi itu membangun tanpa berlandaskan riba. Masih ramai juga yang diselubungi kekeliruan tentang perincian isu ini, bukan sahaja pada soal hukum-hakam halal dan haram berkaitan riba, tetapi juga keliru dan ragu-ragu tentang keburukan dan kerakusan riba itu sendiri. Dalam konteks ini, tiada salahnya untuk kita membantu diri kita sendiri dan juga orang lain untuk menemukan hikmah-hikmah yang terkandung dalam perintah dan larangan Allah, apatah lagi jika ia berkait dengan urusan muamalat yang berdiri bukan semata-mata atas ketundukan dan kepatuhan yang penuh kepada Tuhan Yang Maha Mencipta dan Maha Mengetahui, malah ia juga berdiri di atas kemaslahatan dan kebajikan untuk sekalian makhluk serta menolak sebarang bentuk kefasadan dan keburukan dari mereka. Justeru, buku kecil karangan 'Allamah Dr. Muhammad 'Abdullah Diraz ini hadir buat sidang pembaca dalam bentuk terjemahannya, bagi membantu memahami serba sedikit tentang isu riba, khususnya dengan menyoroti sejarah riba dalam amalan masyarakat terdahulu, sebelum sampai kepada perbincangan utamanya mengenai aspek perincian hukum-hakam dan yang paling menarik sekali, hikmah-hikmah (atau maqasid) yang dapat difahami di sebalik larangan Islam terhadap amalan riba dengan ancaman yang sangat keras dan dasyat, iaitu seumpama berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. Jadi, sesuai membaca buku ini dan memahami hakikat kejinya riba, usahlah lagi kita bertangguh untuk meninggalkan riba kerana sibuk mengharapkan gandaan riba, sedangkan hakikatnya keuntungan yang disangka berganda sebenarnya hanyalah kerugian yang berganda.

Content Details

Sisipan Khas: Ulasan Buku Al-Hikam Al-Ribawiyyah

Product added to Cart
Copied