image description
# 835039
USD 12.50 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Kumpulan Puisi : Sudah Hampir Malam di Kyoto

Author :  Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Kata Pilar Books, Kuala Lumpur, Malaysia
ISBN 9789672796077
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2022
Bib. Info 189p.
Shipping Charges(USD)

Product Description

musim bunga turun dari bukit ]dan menegur kota. pohon bangun sakura pun senyum dan berasmara dengan cahaya. kumbang berdengung ke udara mabuk madu puspa. Menjadi pengembara bermakna menjadi seorang pemerhati. Ibarat merenung permukaan tasik, kaulihat rupa dan ragam penghuninya: menghadam segala riaknya, sesekali cuba memahamkan kocaknya. Muhammad Haji Salleh membawa kau membonceng basikal—memperinci alam dan watak-watak pelbagai latar yang merentas benua dan arus waktu. Bau soyu dan tempura membertih musim, helai-helai hari penjual batik di pasar sibuk, atau wanita berambut biru asyik merias untuk kekasih yang tak kunjung tiba—segalanya terlihat jelas di deria. Kau telusuri perjalanan kegelisahan seorang mahasiswa kepada kematangan seorang pemikir yang memperhalusi kerencaman budaya serta tradisi. Naskhah ini mengumpulkan 81 puisi terbaik sempena ulang tahun kelapan puluh Sasterawan Negara ini, di samping transkripsi temu ramah istimewa seputar kepengarangan beliau dan sastera Malaysia. Hari sudah hampir malam. Mahukah kau pulang, atau teruskan kelana?

Product added to Cart
Copied