image description
# 837044
USD 16.50 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Kompilasi Romantik

Author :  Rinsya Chasiani

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit RC, Malaysia
ISBN 9789672813330
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2022
Bib. Info 1v.
Categories Malay Novel
Shipping Charges(USD)

Product Description

Cuma apabila Aqwa mendapat tahu dirinya 'lupa' dengan perkara yang terjadi sepanjang 13 hari, hatinya mula dijentik rasa sangsi. Kata Rizq Syahmi, dirinya ditimpa kemalangan kecil yang mungkin menyebabkan ingatannya terganggu. "Kenapa you tak bagi I drive?" - AQWA "You pregnant. Buat masa ni I tak nak you buat kerja berat." - SYAHMI Dia tidak menduga Syahmi menipu tentang kandungannya selama ini. Tapi untuk apa? “I datang bulan. I tak mengandung. You ada nak cakap apa-apa pasal ni?” - AQWA Untuk 13 hari yang pernah dia lupakan, Aqwa hidup dalam teka teki dan syak wasangka. Dia mula mengelak dari suaminya. Dia benci dengan sikap prihatin Syahmi. Dia tidak mahu berhadapan dengan lelaki yang bermuka-muka. "You nak ke mana?" - SYAHMI. "Jangan risau. I tahu jaga diri sendiri. I tahu nak drive macam mana.” - AQWA *** You Are My Greatest Pain Nadian ditinggalkan oleh ibunya dalam jagaan kakak ibunya, Mak Long Lina. Namun gara-gara perselisihan faham antara Nadian dan keluarga mak longnya, dia keluar dari rumah itu. Walau dipujuk berkali-kali Nadian tidak berlembut hati. Sehingga satu hari, Nadian mengandung anak luar nikah. Nadian pulang ke rumah Mak Long Lina dan merayu kepada anak tunggal Mak Long Lina, Qaim Haiziqh untuk menjadi suaminya. Qaim yang tidak sampai hati menolak akhirnya menerima Nadian sebagai isteri. Bagaimanakah kehidupan mereka selepas itu? Ikhlaskah Qaim menerima Nadian dalam hidupnya? Dan kenapa Nadian sanggup meninggalkan Qaim yang telah banyak berkorban sehingga masa depan lelaki itu yang menjadi galang ganti? “Abang buat apa jumpa saya kat sini? Kita dah tak ada apa-apa hubungan. Abang tak payah cari saya.” - NADIAN “Maaflah, abang bukan mencari Dian sebagai seorang suami. Abang pun dah lupakan Dian. Sejak Dian melangkah keluar dari rumah kita lagi.” - QAIM *** Kita Terpaksa Kahwin Daniya dikejutkan dengan keputusan tunangnya, Cikgu Qarlif yang tiba-tiba mahu membatalkan perkahwinan mereka sedangkan tarikh perkahwinan tidak sampai seminggu lagi. Biarpun dirayu, Cikgu Qarlif sudah bulat hati. Muhammad Aryan, teman sepermainan Daniya sedari kecil menawarkan diri untuk jadi pengantin lelaki. Gara-gara terdesak, Daniya terpaksa menerima kenyataan pengantinnya bertukar orang! “Kita ni nak panggil satu sama lain apa? I dan you ke? Abang dan sayang?” - DANIYA “Kau putus fius ke, Dani? Aku ni sama umur dengan kau. Kau tua sebulan dari aku.” - ARYAN “Kang aku panggil kau oppa atau chagi baru tau.” – DANIYA

Product added to Cart
Copied