image description
# 838213
USD 22.50 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Warisan Tinta Melayu : Ilmu Manuskrip Melayu

Author :  (Eds) Ros Mahwati Ahmad Zakaria & Ahmad Bazri Mokhtar

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit UKM, Malaysia
ISBN 9789672517740
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2022
Bib. Info 268p. Includes Index
Categories Malay Manuscript / Heritage / Cultural / Education... etc.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Warisan Tinta Melayu: Ilmu Manuskrip Melayu mengetengahkan pelbagai perbincangan dari kaedah pembelajaran dan pengajaran, sastera, perubatan, undang-undang, adat, budaya dan teknologi pembuatan dakwat dalam satu naskhah sebagai bahan bacaan dan rujukan semua lapisan masyarakat. Manuskrip ilmu tradisional merupakan antara sumber penting yang perlu diteroka dan dikaji dengan lebih giat. Manuskrip-manuskrip ini memiliki aspek-aspek yang unik dan istimewa dalam pengkajian manuskrip—dapat dianggap sebagai sejenis hasil karya yang signifikan dalam mengangkat persoalan kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu, terutamanya mengenai epistemologi dan pemikiran mereka. Manuskrip ini tentu tidak jauh bezanya daripada bahan-bahan manuskrip yang lain, namun tetap memiliki cara dan gaya yang tersendiri. Maka ia memerlukan strategi pengkajian yang khusus yang dapat membentuk fokus utama dalam mengendalikannya—iaitu dengan mempertimbangkan soal-soal epistemologi, kosmologi, linguistik, peristilahan, sistem kepercayaan; begitu juga dari segi akomodasi ilmu tradisional itu dengan unsur-unsur kebudayaan, dalam aspek-aspek cara bagaimana ia disebar, diserap, atau diadaptasi dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dengan tujuan untuk mendekati hal-hal seperti itu, keseluruhan manuskrip perlu difahami dan dipelajari. Manuskrip Melayu ialah bukti kesarjanaan dan kewujudan tamadun Melayu yang penting untuk difahami oleh generasi muda masyarakat Melayu supaya mereka turut bangga dengan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh bangsanya. Kekayaan warisan sejarah dan kepercayaan penduduk setempat membawa mereka ke arah kegemilangan tamadun Melayu yang lebih gemilang di bawah pengaruh agama Islam. Namun begitu, sejarah pembangunan intelektual bangsa terutama sistem penulisan yang melibatkan aksara dan penulisan manuskrip perlu disuburkan dengan pelbagai pendekatan sama ada secara ilmiah mahupun secara santai bagi menarik minat dan memperkasakan pengetahuan masyarakat tentang manfaat ilmu yang telah disediakan oleh generasi terdahulu. Oleh itu, hasil-hasil kajian manuskrip Melayu pada hari ini adalah sangat bermanfaat bagi mendekatkan masyarakat dengan sumber asal dan jati diri bangsa Melayu itu sendiri. Malah hasil kajian oleh pengkaji tempatan juga sangatlah penting bagi memberi interpretasi mengikut acuan budaya masyarakat Melayu yang berbeza dengan hasil kajian oleh pengkaji Barat. Justeru, buku ini bertujuan untuk memberi perkongsian ilmu mengenai warisan ilmu, nilai, sastera, seni, budaya, kepimpinan dan intelektual dari sumber bertulis manuskrip alam Melayu sekali gus mengangkat ketinggian ilmu kearifan tempatan dan akal budi masyarakat Melayu.

Product added to Cart
Copied