image description
# 838267
USD 15.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Sebermula’, Maka Tersebutlah … Sebuah Hikayat Diri

Author :  Muhammad Haji Salleh

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia
ISBN 9789834929558
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2021
Bib. Info xii, 264p. Includes Index
Product Weight 350 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Sebermula, Maka Tersebutlah... Sebuah Hikayat Diri merupakan naskhah autobiografi yang memperkenalkan salasilah Nusantara dan perjalanan awal Muhammad Haji Salleh, pengarang, sarjana dan Sasterawan Negara terkenal. Dari sekolah di Seberang Perai, beliau memasuki Maktab Melayu, dan setelah itu mengajar sementara di dua buah sekolah. Setelah itu, beliau ke Maktab Perguruan Brinsford, Wolverhampton, England. Akar pengalamannya diasaskan di kampung, pada bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. England, Ireland dan Eropah mengajarnya berdebat dan berdialog dengan tradisinya, tetapi bangga dengan budaya dan bahasanya, dan oleh itu beliau menulis dalam dua bahasa. Muhammad Haji Salleh ialah seorang pengembara tegar—dan beliau sudah sampai hampir ke semua negara Eropah Barat sebelum 25 tahun usianya. Beliau melihat wajah dan jiwa bangsa yang pernah menjajah, korpus dan pentas sasteranya di rumah mereka sendiri. Di sinilah beliau mula menjadi manusia multibudaya dan pascakolonial. Inilah bumbu awal yang menumbuhkan wataknya, bakat penulisan dan dunia rujukan yang luas serta terbuka. Karya-karyanya mengumpulkan mutu manikam dan keindahan dari Timur dan Barat serta titik-titik pemikiran yang relevan dan cemerlang. Muhammad Haji Salleh sudah menerbitkan 55 buah karya puisi, kritikan, biografi, transkripsi teks klasik, terjemahan, teori dan travelog. Dengan pengalaman kembara ilmu dan sastera ke lebih 70 buah negara, maka hasil penanya juga sangat luas dan rencam kerana beliau percaya bahawa dunia ini juga dunianya, dan harus diambil manfaat dan makna daripadanya.

Content Details

1. Muhammad Haji Salleh, 1942-. 2. Authors, Malay - Biography. 3. Authors, Malaysian - Biography. 4. Autobiography.

Product added to Cart
Copied