image description
# 842578
USD 18.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Direktori Kartunis Perak

Author :  Nur Hanim Khairuddin & Mohd Yushaimy Othman (Eds)

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Kampung Karyawan Amanjaya Sdn. Bhd., Ipoh, Perak, Malaysia
ISBN 9789671768525
Format HardBound
Language Malay
Year of Publication 2021
Bib. Info 144p.
Product Weight 550 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Tujuan penerbitan ini adalah untuk menghimpun para kartunis kelahiran Perak di dalam sebuah buku rujukan yang dapat memberi manfaat kepada mana-mana penyelidik seni dan budaya mahupun individu-individu yang berminat. Para kartunis dalam Direktori ini telah dipilih dengan teliti oleh People of Remarkable Talent (PORT) dengan mengambilkira penglibatan aktif mereka yang sekurang-kurangnya melebihi tiga tahun dalam dunia penerbitan komik dan kartun di pelbagai bentuk media. Karya mereka dilihat menampilkan pelbagai tema, daripada hal sosiobudaya dan politik, hinggalah kepada humor semata-mata. Pendekatan mereka pula agak rencam, daripada yang berbentuk dokumentasi, dokumentari, travelog, nostalgia, pendidikan, dakwah, kewartawanan, kritikan dan satira, hinggalah parodi. Selain itu, direktori ini diharapkan dapat menanam rasa kebersamaan di antara para penggiat seni kartun yang sememangnya memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam kehidupan bermasyarakat. Paling utama, direktori ini juga dicipta untuk memudahkan lebih ramai pihak mengenalpasti para kartunis yang bersesuaian diundang untuk program ataupun projek masing-masing. Usaha PORT menerbitkan Direktori Kartunis Perak ini amat disanjungi sebagai salah satu usaha murni memartabatkan seni komik dan kartun, mendidik khalayak serta memberi laluan kepada penghasilan penyelidikan yang lebih terperinci dan sistematik terhadap sejarah seni kartun di negara ini.

Product added to Cart
Copied