Country | |
Publisher | |
ISBN | 9786299825128 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2023 |
Bib. Info | 432p. |
Categories | Literature |
Product Weight | 350 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Hanya kerana menolong mengambil barang di pasar raya, Umie jatuh cinta pada seorang lelaki yang tinggi lampai. “Sebab dia tolong kau ambil barang ja, kau terus falling in love! Cuba la fikir logik sikit!”-RUBINA “Cinta tu tak mengenal logik, tahu tak! It only take 3 seconds to fall in love! ”- UMIE Hati Umie bertekad mahu mengenali lelaki yang bernama Emiir Carim itu. Ternyata Emiir bukanlah lelaki yang senang didekati. “Wah, tak sangka jodoh kami begitu dekat sekali. Lepas ni boleh la aku jumpa dia hari-hari.”- UMIE “Itu pendapat kau tapi bagi aku mesti Emiir tu berhati-hati nak dekat dengan perempuan.” – JAZLIN Walau sedingin mana Emiir pada Umie, itu tidak mematahkan semangat dan niat Umie untuk memiliki hati dan cinta Emiir. “Terus-terang I cakap yang I rasa tak selesa dengan you. Apa-apa pun niat you nak dekat dengan I, baik you matikan saja hasrat you tu! Anggap saja kita tak pernah kenal sebelum ini.”- EMIIR Pertemuan Umie dengan Tan Sri Taib memberi ruang untuk Umie mengenali keluarga Emiir dengan lebih dekat lagi. “Atuk kenal Cik Umie ke?”- EMIIR “Dah tentu la kenal. Ibu Umie ni kawan mama kamu! Aaa..... Hari tu kamu ada tanya pasal kawan mama kamu yang selalu bawa brownies datang rumah kita, itu la Herma, ibu Umie!”- TAN SRI TAIB Tan Sri Taib berkenenan dengan Umie dan membuat keputusan untuk menjadikan Umie isteri Emiir. “Sudi tak Umie jadi isteri Emiir?”- TAN SRI TAIB “Saya setuju.”- UMIE Keputusan Umie untuk mengahwini Emiir mengejutkan Rubina dan Jazlin malah begitu juga dengan abang-abang Umie. Berjayakah Umie menakluki hati Emiir? Adakah perkahwinan yang Umie impikan akan berakhir dengan kebahagiaan? Apakah agenda sebenar Tan Sri Taib mengahwinkan Umie dengan Emiir?