Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789811897566 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2024 |
Bib. Info | xviii, 78p. |
Categories | Literature - Poetry |
Product Weight | 110 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Pesan Terakhir – SAYA mengajak bangsa Melayu dan pemimpinnya merenung dan berfikir: Bahawa dalam masa 40 tahun atau sekurang-kurangnya 20 tahun lagi, apakah masih ada orang Melayu di Singapura lagi?... Identiti orang Melayu berdasarkan tiga tonggak. Pertama mereka harus beragama Islam; kedua mereka harus mengamalkan adat-istiadat Melayu dan ketiga mereka mesti fasih berbahasa Melayu. Syarat pertama orang Melayu tidak mungkin membuang agama Islamnya dan syarat kedua tidak mungkin adat-istiadat kenduri perkahwinan ditinggalkan oleh orang-orang Melayu. Akan tetapi jika syarat ketiga yang utama sebagai identiti bangsa, yaitu berbahasa Melayu dengan fasih, sudah dibuang langsung, apakah masih ada orang Melayu di Singapura ketika itu? Demikianlah 40 tahun atau 20 tahun lagi, apabila orang-orang Melayu Singapura, yang sudah tidak boleh berbahasa Melayu boleh mengakui sebagai orang Melayu lagi?... Jangan lupa bahawa bahasa adalah ibarat 'kenderaan' atau 'transport' yang akan membawa sastera itu ke mana-mana. Akan tetapi jika kenderaan atau transport itu sudah tidak ada, bagaimana sastera itu hendak bergerak?... Itulah kunci akhir atau maksud yang tersembunyi di dalam sajak saya berjudul 'Ketika Menjelang 90 Tahun Usiaku'. Sekian dan terima kasih. - Allahyarham Pak Suratman Markasan (29 Dis 1930-27 Feb 2024)Z